0 comments

MELUKIS DI DASAR LAUT



Anak Melayu pertama melukis di dasar laut
Ajis Mohamad menyiapkan Lukisan Terpanjang (36 meter di catat dalam Malaysia Books Of Record pada April 2004 di Pulau Lang Tengah, Terengganu.
read more
0 comments

PAMERAN DI LUAR NEGARA


Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa.
read more
0 comments

LUKISAN PERTAMA DI MALAYSIA


Mengapa perlu jauh mengembara untuk melihat lukisan zaman purba di negara lain sedangkan lukisan seperti ini terdapat di Malaysia tanpa perlu anda meneroka hutan tebal untuk melihatnya? Pada tahun 1959, beberapa siri lukisan purba dinding batu telah ditemui di puncak sebuah tebing batu kapur yang curam berhampiran bandaraya Ipoh dan dianggarkan berusia kira-kira 5,000 tahun!

Di atas bongkah putih ini terdapat beberapa gambaran haiwan, manusia, serta corak abstrak. Orang yang pertama sekali menemui lukisan ini ialah Lt. R. L. Rawlings yang juga dikenali sebagai Graem Castell dan beliau telah menulis surat berulang kali untuk bertanya tentang status penemuannya serta menjadikannya misi peribadinya untuk memastikan penemuannya ini dipelihara.

Penemuan yang dibuat oleh Rawlings yang pada ketika itu bertugas dengan 2nd Battalion, 6th Q.E.O Gurkha Rifles telah membongkar salah satu penemuan yang paling mustahak di dalam sejarah Malaya. Lt. Rawlings telah menjumpai sebuah tebing tinggi kira-kira seratus kaki dari permukaan tanah di Lembah Kinta. Sebongkah bentukan batu kapur yang licin terdapat di sini. Di atas bongkah putih ini terdapat beberapa gambaran haiwan, manusia, serta corak abstrak. Ada lukisan yang agak kecil dan ada juga lukisan haiwan yang Panjangnya kira-kira tiga kaki.

J.M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu ‘Malaya Dalam Sejarah – Majalah Persatuan Sejarah Malaya’ pada bulan November 1959 berkata, “Lukisan tersebut menggunakan satu warna – tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.”

Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong, tapir, dan rusa. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu masa dahulu, lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki, tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini.

...manusia yang tinggal di Lembah Kinta, walaupun manusia purba berupaya melukis dan menggambarkan cara hidup mereka dengan jelas sekali. Bagaimanapun, masih terdapat banyak lukisan bagi membuktikan bahawa pada suatu ketika dahulu, manusia yang tinggal di Lembah Kinta, walaupun manusia purba berupaya melukis dan menggambarkan cara hidup mereka dengan jelas sekali. Apa yang lebih menghairankan ialah tapak gua ini juga dipenuhi dengan kulit kerang, membuktikan bahawa kawasan ini dahulunya dipenuhi dan dikelilingi dengan air laut tetapi ini mungkin berlaku ribuan tahun yang lalu.

Namun persoalan yang timbul di fikiran. Jauh dibenak hati terfikir berapa lamakah warisan sejarah ini boleh bertahan? Jawapannya terletak di tangan kita.


-Bahan suntingan dari Tourism Malaysia-
read more
0 comments

ATUK


Ni kartun yang aku minat masa sekolah2 dulu...dalam majalah GILA-GILA.
read more